Latih Kendiri 3.1a (Soalan 1 & 2) – Buku Teks Matematik Tingkatan 5 Bab 3 – Insurans


Soalan 1:
Berdasarkan situasi di bawah, jawab soalan berikut.

Encik Daud membeli satu polisi insurans untuk dirinya jika dia terlibat dengan kemalangan daripada Syarikat Insurans Bersatu berjumlah RM300 000 dengan bayaran bulanan RM100.
(a) Siapakah syarikat insurans dan pemegang polisi?

(b) Berapakah had perlindungan?

(c) Berapakah nilai premium bulanan?

(d) Nyatakan risiko yang diinsuranskan.


Penyelesaian:




Soalan 2:

Pada suatu hari, kereta Melisa telah melanggar sebuah kereta lain dalam satu kemalangan dan dia didapati bersalah. Akibat kemalangan itu, kedua-dua buah kereta mengalami kerosakan teruk dan pemandu kereta yang dilanggar Melisa mengalami kecederaan patah kaki. Melisa ingin membuat tuntutan kerosakan bagi kedua-dua buah kereta serta kos rawatan kecederaan pemandu tersebut.
Berdasarkan senario di atas, nyatakan tuntutan yang boleh dibuat oleh Melisa kepada syarikat insuransnya jika dia menginsuranskan keretanya bawah polisi pihak ketiga.


Penyelesaian:
Melisa menginsuranskan keretanya bawah polisi pihak ketiga, maka, hanya kos rawatan kecederaan, kerugian dan kerosakan kereta yang dialami oleh pihak ketiga sahaja dapat dituntut.

Leave a Comment