Matematik SPM Sebenar 2023, Kertas 2 (Soalan 12)


Soalan 12:
(a) Jadual 8 menunjukkan jumlah perbelanjaan, bagi pelanggan di sebuah pasar raya pada dua hari berbeza.


Berdasarkan Jadual 8,
(i) Nyatakan saiz selang kelas dan iulat bagi data itu. [2 markah]

(ii) Cari nilai x jika iumlah bilangan pelanggan pada hari itu ialah 68 orang. [2 markah]

(b) Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan di halaman 128. Rajah 6 pada halaman 128 menunjukkan poligon kekerapan yang dilukis berdasarkan data hari pertama. Menggunakan kertas graf yang sama, lukis poligon kekerapan berdasarkan data hari kedua. [3 markah]

(c) Daripada graf di (b),
(i) nyatakan bentuk taburan bagi jumlah perbelanjaan kedua-dua hari tersebut, [2 markah]

(ii) tentukan hari yang manakah mewakili perbelanjaan ketika pasar raya mengadakan jualan istimewa. Iustifikasikan jawapan anda. [1 markah]

Penyelesaian:
(a)(i)
Saiz selang kelas = Beza antara sempadan atas dengan sempadan bawah
= 79.5 – 69.5
= 10.0

Julat = Titik tengah bagi kelas tertinggi – Titik tengah bagi kelas terendah
$$ \begin{aligned} & =\left[\left(\frac{130+139}{2}\right)-\left(\frac{70+79}{2}\right)\right] \\ & =60 \end{aligned} $$

(a)(ii)
$$ \begin{aligned} x & =68-2-4-3-8-14-20 \\ & =17 \end{aligned} $$

(b)



(c)


(c)(ii) Jualan Istimewa adalah pada hari kedua kerana pelanggan membelanjakan lebih banyak wang.


Leave a Comment