Matematik SPM Sebenar 2023, Kertas 2 (Soalan 7 & 8)


Soalan 7:
Jadual 4 menunjukkan maklumat tentang pelan polisi insurans Helen pada tahun 2022.


(a) Pada tahun 2022, Helen dimasukkan ke hospital dan kos rawatannya ialah RM1 050. Adakah syarikat insurans akan menanggung kos rawatan itu? Jelaskan. [1 markah]

(b) Helen telah menjalani satu pembedahan di hospital pada tahun 2022 dan kos pembedahan itu ialah RM29 900. Hitung kos yang ditanggung oleh Helen sendiri.   [3 markah]


Penyelesaian:
(a)
Deduktibel ialah suatu jumlah yang perlu ditanggung oleh pemegang polisi sebelum layak membuat tuntutan daripada syarikat insurans.

Jadi, syarikat insurans tidak akan menanggung kos rawatan itu, kerana nilai deduktibel adalah lebih tinggi daripada kos rawatan.

(b)
$$ \begin{aligned} &\text { Kos rawatan selepas deduktibel }\\ &\begin{aligned} & =\text { RM29 } 900-\text { RM1 } 500 \\ & =\text { RM28 } 400 \end{aligned} \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} &\text { Kos yang ditanggung oleh Helen sendiri }\\ &\begin{aligned} & =\frac{15}{100} \times \text { RM28 } 400+\text { RM1 } 500 \\ & =\text { RM5 } 760 \end{aligned} \end{aligned} $$


Soalan 8:
Julia menjual makanan secara atas talian. Pada hari Isnin, dia menjual x biji karipap dan y biji kek cawan. Jadual 5 menunjukkan maklumat tentang jualannya pada hari Isnin.


(a) Tulis satu ketaksamaan linear yang mewakili syarat (iii). [1 markah]

(b) Seterusnya, pada rajah di ruang jawapan, lengkapkan graf untuk mewakili ketaksamaan linear yang berkait dengan jualan Julia dan x ⩾ 0, y ⩾ 0. Lorekkan rantau yang memuaskan semua ketaksamaan linear itu.   [3 markah]


Penyelesaian:
(a) Bilangan minimum kek cawan yang dijual adalah 10 biji, y ⩾ 10.

(b)






Leave a Comment