3.2.1 Pengkuantiti ‘Semua’ dan ‘Sebilangan’ (Contoh Soalan)

3.2.1 Pengkuantiti ‘Semua’ dan ‘Sebilangan’ (Contoh Soalan)
Soalan 1:
Dengan menggunakan pengkuantiti ‘semua’ atau ‘sebilangan’, lengkapkan setiap yang berikut supaya membentuk satu pernyataan benar.
(a)  _____ segi empat tepat adalah segi empat sama.
(b)  _____ nombor perdana adalah nombor ganjil.
(c)  _____ Segi tiga mempunyai sisi sama.
(d)  _____ nombor genap boleh dibahagi tepat dengan 2.

Penyelesaian:
(a)  Sebilangan segi empat tepat adalah segi empat sama.
(b)  Sebilangan nombor perdana adalah nombor ganjil.
(c)  Sebilangan Segi tiga mempunyai sisi sama.
(d)  Senua nombor genap boleh dibahagi tepat dengan 2.

Soalan 2:
Bina satu pernyataan benar dengan menggunakan pengkuantiti ‘semua’ atau ‘sebilangan’ berdasarkan objek dan ciri yang diberi.
(a) Objek: nombor gandaan bagi 4
Ciri: boleh dibahagi tepat dengan 5
(b) Objek: heksagon sekata.
Ciri: 6 sisi sama.
(c) Objek: sudut tirus
Ciri: kurang daripada 90o

Penyelesaian:
(a)  Sebilangan nombor gandaan bagi 4 boleh dibahagi tepat dengan 5.
(b)  Semua heksagon sekata mempunyai 6 sisi sama.
(c)  Semua sudut tirus adalah kurang daripada 90o.

Leave a Comment