9.6 Bumi Sebagai Sfera, SPM Praktis (Kertas 2)


Soalan 5:
A (53o U, 84o B), K (53o U, 25o B), C dan D adalah empat titik yang terletak pada permukaan bumi. AC ialah diameter selarian latitud 53o U.
(a) Nyatakan kedudukan bagi C.
(b) Hitung jarak terpendek, dalam batu nautika, dari A ke C diukur sepanjang permukaan bumi.
(c) Hitung jarak, dalam batu nautika, dari A arah timur ke K diukur sepanjang selarian  latitud sepunya.
(d) Sebuah kapal terbang berlepas dari K arah ke selatan ke D. Purata laju penerbangan itu ialah 420 knot dan masa yang diambil untuk penerbangan itu ialah 6½ jam.
Hitung
(i) jarak, dalam batu nautika, dari K ke D diukur sepanjang meridian.
(ii) latitud bagi D.

Penyelesaian:
(a)
Latitud bagi C = 53o U
Longitud bagi C = (180o – 84o) T = 96o T
Oleh itu, kedudukan bagi C = (53o U, 96o T)

(b)
Jarak terpendek dari A ke C
= (180 – 53 – 53) x 60
= 74 x 60
= 4440 batu nautika

(c)
Jarak dari A ke K
= (84 – 25) x 60 x kos 53o
= 59 x 60 x kos 53o
= 2130.43 batu nautika

(d)
( i ) Jarak dilalui dari K ke D =420×6 1 2  Jarak dilalui  = purata laju × masa diambil  =2730 batu nautika ( ii ) Perbezaan latitud antara K ke D = 2730 60 = 45.5 o Latitud bagi D=( 53 o 45.5 o )U   = 7.5 o U


Soalan 6:
Rajah di bawah menunjukkan titik-titik P, Q, R, A, K dan C, pada permukaan bumi. O ialah pusat bumi.


(a) Cari kedudukan bagi A.
(b) Diberi jarak QR ialah 3240 batu nautika, cari longitud bagi Q.
(c) Hitung jarak, dalam batu nautika, KA, diukur sepanjang selarian latitud sepunya.
(d) Sebuah kapal terbang berlepas dari A dan terbang arah barat ke K, sepanjang selarian latitud sepunya. Kemudian, ia terbang arah selatan ke Q. Purata laju kapal terbang itu ialah 550 knot.
Hitung jumlah masa, dalam jam, yang diambil bagi keseluruhan penerbangan itu.

Penyelesaian:
(a)
Longitud bagi A = (180o – 15o) = 165o T
Latitud bagi A = 50o U
Oleh itu, kedudukan bagi A = (50o U, 165o T).

(b)
QOR= 3240 60 = 54 o Longitud bagi Q=( 165 o 54 o )T  = 111 o T

(c)
Jarak bagi KA
= 54 x 60 x kos 50o
= 2082.6 batu nautika

(d)
Jumlah jarak=AK+KQ =2082.6+( 50×60 ) =5082.6 batu nautika Jumlah masa = 5082.6 550  =9.241 jam

Leave a Comment