Kertas Model SPM Matematik


Kertas Model SPM Matematik
 
Bahagian B
(48 markah)
Jawab mana-mana empat soalan dalam bahagian ini.
 
16.  Jadual 3 menunjukkan latitud dan longitud empat titik F, G, H dan I, di permukaan bumi.
Titik
Latitud
Longitud
F
60° U
30° B
G
x° S
30° B
H
60° U
y° T
I
25° S
y° T
Jadual 3

(a)  J ialah titik di permukaan bumi dengan keadaan FJ ialah diameter bumi. Nyatakan kedudukan J.   [2 markah]
(b)  Hitungkan
(i)  nilai x, jika jarak dari F ke diukur sepanjang meridian ialah 5 400 batu nautika,
(ii) nilai y, jika jarak dari arah ke timur H diukur sepanjang selarian latitud sepunya ialah 2 100 batu nautika,  
[7 markah]
(c)   Sebuah kapal terbang berlepas dari arah ke timur ke H mengikut selarian latitud punya dan kemudian terbang arah ke selatan ke I. Jika purata laju seluruh penerbangan ialah 460 knot, hitungkan masa yang diambil untuk seluruh penerbangan itu. [3 markah]

Jawapan dan penyelesaian:
(a)
Kedudukan J = (60° S, 180° – 30° T)
= (60° S, 150° T)

(b)(i)
Perbezaan latitud di antara F dan G
= 5400 60
= 90°
Latitud G
= 90° – 60°
= 30° S
x = 30

(b)(ii)
Perbezaan longitud di antara F dan H
= 2100 60×cos 60 o  
= 70°
Latitud G
= 70° – 30°
= 40° T
y = 40

(c)
Jarak HI
= (60 + 25) × 60
= 5 100 batu nautika

Jarak seluruh penerbangan
= 2 100 + 5 100
= 7 200 batu nautika

Masa diambil untuk seluruh penerbangan
= 7200 460
= 15.65 jam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *